Tuesday, December 8, 2015

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Segala puji bagi Allah SWT,Tuhan penguasa sekalian alam.Hanya kepada Mu kami mohon Petunjuk dan hanya kepada Mu kami mohon pertolongan.

Blog ini diwujudkan khas bagi membicarakan tentang Maintenance Service Proton Preve CFE sahaja.Apa yang ditulis disini adalah berdasarkan apa yang saya ketahui & lalui sebagai pemilik Proton Prefe CFE sejak bulan Mac 2015.Tujuannya hanyalah satu iaitu  untuk berkongsi dan saling bertukar  maklumat tentang kos,peralatan,proses penyelenggaraan serta Pusat Service yang ada.

Suka juga dinyatakan bahawa saya BUKAN seorang yang serba tahu tentang & Pakar tentang automotif melainkan apa yang dilalui sebagai pemilik kenderaan dan sedikit pembacaan serta perkongsian oleh rakan-rakan di blog,Youtube,page FB dan kelab Preve yang ada di Malaysia.

Semoga apa yang saya catatkan ini dapat memberi manafaat kepada pemilik Proton Preve  khususnya dan mereka yang berminat tentangnya.Jika terdapat sebarang kesalahan info silalah tegur dengan berhemah.Insya allah.




Fakta Ringkas Proton Preve CFE


Nama : Preve CFE (Premium)
Pengeluar: PROTON
Tahun mula dikeluarkan :  16 April 2012
Kapasity Enjin : 1.6 liter
Kelas : Segmen C / Sedan 4 pintu
Trasnmisi : 6 kelajuan automatik.
                   7 Kelajuan manumatik.

Entry seterusnya adalah service 1000Km pertama Proton Preve.Insya Allah.

No comments:

Post a Comment