Bolehkah kita Membawa Minyak Enjin Sendiri ke Service Centre Proton?
Saya pasti ramai yang masih mencari jawaban yang tepat berkenaan hal ini.Sebabnya tentulah pelbagai.
- Nak cuba buat perbandingan setiap minyak enjin yang ada pada pereve.
- Harga minyak enjin di SC lebih mahal berbanding diluar.
- Minyak enjin di SC terhad pada satu jenis sahaja.
- Dan lain-lain.
Kita yang beli kereta baru semestinya sangat concern dengan SYARAT JAMINAN/WARRANTY yang diberikan oleh pihak Proton dan tidak mahu ianya terbatal atas kesilapan dan ketidakfahaman kita berkenaan hal ini.Tempoh jaminan jika tak silap saya ialah selama 36 bulan.Boleh rujuk buku jaminan/manual)
Saya telah ajukan perkara ini ke Pihak Proton di FB rasmi (https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/?fref=ts) mereka dan ini adalah jawaban yang diberikan.
Point Utama yang diberikan oleh Proton ialah asalkan perkakasan dan minyak enjin itu DARIPADA SC dan mengikut gred API ditetapkan ianya tidak akan membatalkan jaminan yang diberikan. Walaupun minyak enjin yang ditawarkan tidak semestinya daripada Petronas Syntium.
Dan warranty akan terbatal jika minyak enjin yang digunakan bukan daripada pihak SC walaupun pelangan membeli minyak enjin tersebut daripada stesen minyak/pengedar yang dilantik oleh syarikat minyak enjin tersebut.(Lampirkan resit pun tak jalan)
Sehingga kini,sepengetahuan saya. Pihak SC hanya menawarkan dua jenis minyak enjin iaitu daripada Petronas dan Shell.Dan untuk Petronas, mostly syntium 1000 yang dijual.Jika nak pakai syntium 3000 dan 7000 cooltech.Bergantung pada SC tertentu yang ada minyak enjin tersebut.
Namun demikian, dinyatakan juga yang SC tetap akan menerima minyak enjin yang dibawa oleh pengguna.Walau begitu ianya tidak akan tercatat dalam resit dan sistem komputer mereka.Apabila berlaku sebarang kerosakan pada enjin anda dalam tempoh jaminan.Proton akan menyemak kembali rekod service anda.Bila didapati tiada dalam sistem.Maka panjang cerita kalau nak buat tuntutan.
Apapun, boleh rujuk kepada buku jaminan yang disertakan bersama kenderaan anda untuk lebih jelas tentang perkara ini.Dan jika masih tak berpuas hati.Boleh hubungi mereka terus untuk dapatkan penjelasan.
Semoga info ini dapat dijadikan panduan oleh anda semua. Sebarang kesilapan harap dapat ditegur.Jika ada tambahan info amat dIalukan.
ENTRY PASAL SERVICE 1000KM Preve saya tangguhkan dulu ye:)
ENTRY PASAL SERVICE 1000KM Preve saya tangguhkan dulu ye:)